DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI..
ASSAMUALAIKUM W.B.T..
Alhamdulillah atas nikmat kehidupan lagi untuk hari ini walaupun aku MC hari ini kerana demam dan sakit sendi. maka terdetik satu tajuk iaitu..
HIKMAH NIKMAT “KESAKITAN”
Apabila berbicara tentang sakit, Terasa Allah tidak
adil, sengaja hendak menyusahkan kita dengan kesakitan yg dialami dan apabila
ditimpa kesusahan pada kita pula seringkali menyalahkan orang yang mendatangkan
ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka akibat kesusahan tersebut.
Sekiranya
ada diantara kita yang bersikap sedemikian, maka marilah kita perbetulkanya
dengan menganggap sakit itu nikmat, sakit itu penghapus dosa (kafarah), sakit
itu ujian, sakit itu bukti ALLAH sayang kita dan tersembunyi 1001 hikmah
disebalik hikmah yang kita tidak tahu. Sekiranya ini yang kita fikirkan maka insyaALLAH
kita akan tahu apa iti REDHA.
Ujian
sakit adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik.
Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Janganlah kita cepat
melatah malahan bersyukurlah atas dugaannya. ALLAH menduga kita kerana inginkan
Hambanya sentiasa ingatkan DIA. Jangan kerana JAHILnya kita maka kita
menyalahkan takdirNYA.
Apabila
berbicara tentang “REDHA” banyak dipersoalkan bukan mudah untuk redha. Sebenarnya
bukan susah juga untuk redha. Untuk menghadapi ujian dengan redha, kita hanya perlu
yakin bahawa ALLAH sentiasa bersama kita.
Firman ALLAH “Mintalah padaKU dan necaya akan AKU perkenankan”.
Firman
Allah SWT yang bermaksud:
“Dan jika kamu
menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan
dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)
Oleh
itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah kita redha, bersyukur dan
bertawakal kepada-Nya. Perbanyakkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan
petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini.
Allah SWT berfirman
yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kami
akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan
harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang
sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi
Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya
dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat
155-157).
Sekian. Wassalam
Rosniza guru perdagangan#prihatin#hubbunnajjah#