HIKMAH NIKMAT "KESAKITAN"

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI..
ASSAMUALAIKUM W.B.T..
Alhamdulillah atas nikmat kehidupan lagi untuk hari ini walaupun aku MC hari ini kerana demam dan sakit sendi. maka terdetik satu tajuk iaitu..

HIKMAH NIKMAT “KESAKITAN”

Apabila  berbicara tentang sakit, Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita dengan kesakitan yg dialami dan apabila ditimpa kesusahan pada kita pula seringkali menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka akibat kesusahan tersebut.

Sekiranya ada diantara kita yang bersikap sedemikian, maka marilah kita perbetulkanya dengan menganggap sakit itu nikmat, sakit itu penghapus dosa (kafarah), sakit itu ujian, sakit itu bukti ALLAH sayang kita dan tersembunyi 1001 hikmah disebalik hikmah yang kita tidak tahu. Sekiranya ini yang kita fikirkan maka insyaALLAH kita akan tahu apa iti REDHA.

Ujian sakit adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Janganlah kita cepat melatah malahan bersyukurlah atas dugaannya. ALLAH menduga kita kerana inginkan Hambanya sentiasa ingatkan DIA. Jangan kerana JAHILnya kita maka kita menyalahkan takdirNYA.

Apabila berbicara tentang “REDHA” banyak dipersoalkan bukan mudah untuk redha. Sebenarnya bukan susah juga untuk redha. Untuk menghadapi ujian dengan redha, kita hanya perlu yakin bahawa ALLAH sentiasa bersama kita. Firman ALLAH “Mintalah padaKU dan necaya akan AKU perkenankan”.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)

Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah kita redha, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Perbanyakkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

 Sekian. Wassalam

Rosniza guru perdagangan#prihatin#hubbunnajjah#




MY NEW PASSION #GURU PERDAGANGAN#30 SEPTEMBER 21013

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI...

ALHAMDULILLAH...setelah bertahun2 blog aku ini bersawang, finally aku dapat memberikan nafas baru pada blog aku yang tenat ini. walaupun pada mulanya susah untuk aku mengingat password yg aku sendiri create satu ketika dahulu. ce teka nape aku bersemangat semua nak tulis blog ni??ni sume pasa DR AZIZAN OSMAN yang telah berjaya menarik aku menggunakan magnet-mentor pemasaran no. 1 Asia- supaya rebranding myself. Alhamdulillah akhirnya aku berjaya merajinkan diri.
   
Seminar INTENSIF JUTAWAN INDUSTRI  yg dikendalikan oleh DR AZIZAN OSMAN  betul2 memberikan aku inspirasi baru untuk mengubah diri yg agak slow dalam segala tindakan untuk berubah menjadi laju dalam bertindak atau lagi molek di sebut sebagai "FAST ACTION, FAST RESULT". Apapun aku hanya insan biasa, dari IJI aku belajar bahawa untuk berubah perlukan :

  • KENALPASTI "PASSIONATE" iaitu keghairahan anda.
  • PETA HIDUP yang akan mendorong kita di manakah destinasi yang nk dituju?
  • RANCANG STRATEGI yang akan memastikan bahawa apa yang kita ingin buat akan berjaya
  • RANCANG TINDAKAN yang akan menggerakkan perjalanan untuk menuju ke destinasi yang ingin dituju.
  • FOKUS adalah penting untuk kita kekal atau istiqamah dengan apa yg kita buat.
setakat ini jelah yg aku mampu share dengan kawan2. InsyaALLAH jika ada kelapangan aku akan update blog ini lagi. Almaklumlah "Tanggungjawab" seorang guru sekarang semakin bertambah. Sekarangpun aku tengah explore website I-THINK salah satu agenda dalam PPPM 2013-2025. 

P/S: SEMOGA KITA SEMUA MAMPU MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA SEMUA ORANG DENGAN KEPAKARAN YANG KITA ADA. kita ada kepakaran ke??ADA....SEMUA YANG ALLAH CIPTA ADA KEISTIMEWAANNYA YANG TERSENDIRI..

Ikhlas:
Guru Perdagangan#Hubbunnajjah#