HIKMAH NIKMAT "KESAKITAN"

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI..
ASSAMUALAIKUM W.B.T..
Alhamdulillah atas nikmat kehidupan lagi untuk hari ini walaupun aku MC hari ini kerana demam dan sakit sendi. maka terdetik satu tajuk iaitu..

HIKMAH NIKMAT “KESAKITAN”

Apabila  berbicara tentang sakit, Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita dengan kesakitan yg dialami dan apabila ditimpa kesusahan pada kita pula seringkali menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka akibat kesusahan tersebut.

Sekiranya ada diantara kita yang bersikap sedemikian, maka marilah kita perbetulkanya dengan menganggap sakit itu nikmat, sakit itu penghapus dosa (kafarah), sakit itu ujian, sakit itu bukti ALLAH sayang kita dan tersembunyi 1001 hikmah disebalik hikmah yang kita tidak tahu. Sekiranya ini yang kita fikirkan maka insyaALLAH kita akan tahu apa iti REDHA.

Ujian sakit adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Janganlah kita cepat melatah malahan bersyukurlah atas dugaannya. ALLAH menduga kita kerana inginkan Hambanya sentiasa ingatkan DIA. Jangan kerana JAHILnya kita maka kita menyalahkan takdirNYA.

Apabila berbicara tentang “REDHA” banyak dipersoalkan bukan mudah untuk redha. Sebenarnya bukan susah juga untuk redha. Untuk menghadapi ujian dengan redha, kita hanya perlu yakin bahawa ALLAH sentiasa bersama kita. Firman ALLAH “Mintalah padaKU dan necaya akan AKU perkenankan”.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)

Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah kita redha, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Perbanyakkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

 Sekian. Wassalam

Rosniza guru perdagangan#prihatin#hubbunnajjah#




0 comments:



Post a Comment