Rngka kerja reunion Ex-SMKN batch 1998-2002

Salam...lama sungguh kot xmenulis muntahkan isi hati n buah fikiran kat blog ni..terbengkalai..apapun ianya msih idup dan berpenghuni...tajuk kali ini ialah "ISU REUNION"..bila ckp psl reunion sume org akn tglkan tanda tanya (Bila??kat mana??bape kos??sape nk uruskan???..and so on....) tp pd pndpt aku sume ni akn terjawab sekiranya sume member amek part dlm merancang n melaksanakanya hingga ke titisan darah terakhir..cewah..mencarut lak aku..kepada kwn2 yg membaca diharapkan akn memastikan sume perancangan kita menjadi n dpt dilaksanakan dgn sempurna..yes aku faham...ada pepatah " easy to talk but very hard to do" amboi speaking lak eden...but we must try the best for our batch!!! lam kowt kita xjumpekan...tp dlm ramai2 hampir beratus r kot xkn xde yg sanggup membantu bg menjayakan misi reunion ini??akupun bukan pnh organize apa2 event sorang2 tp beramai2..so aku harap kwn2 sume dpt membantu agar hajat kita sume utk mengadakan "reunion" kali ini akan berjaya dan bukan hanya omong2 kosong.....di bawah ni ada disertakan rangka kerja bg aktiviti reunion ala proposal gitu..jadi kwn2 leh baca n komen..ini hanya rengka jika ada yg kwn2 xsetuju silakan kemukakan cadangan lain beserta rangka kerja yg kwn2 setujui...

LAIN – LAIN PERKARA

* Untuk makluman rakan –rakan, ini hanyalah rangka kerja sahaja, sekiranya rakan – rakan mempunyai idea seperti Tempat, Tarikh dan sebagainya untuk ”Reunion SMKN 1998 – 2002 (Tahun Lahir 1985) ” boleh diusulkan kepada Cik Rosniza Bte Abd. Rahman (Pengerusi Sementara) secepat mungkin

* Sekiranya Jawatankuasa diatas tidak dipersetujui bolehlah dibubarkan dan Jawatankuasa baru akan dibentuk semula

* Sekiranya Jawatankuasa diatas dipersetujui oleh semua, maka rangka kerja ini akan diteruskan dan beberapa Jawatankuasa baru boleh dibentuk sekiranya perlu.

* Rakan -rakan yang bermurah hati untuk ”sponser” atau menderma apa2 untuk majlis ini amat dialu – alukan....

* Harapan semoga Majlis yang dinanti –nantikan dengan penuh gilang - gemilang oleh semua setelah hampir 8 tahun tidak diadakan akan menjadi realiti dan kenangan yang paling indah pada rakan – rakan semua.

* Penyertaan daripada semua rakan –rakan amat dihargai.

Sekian, terima kasih

Yang Menjalankan Tugas,

Rosdiana Binti Lias

(Setiausaha Sementara)

Renuion SMKN 1998 – 2002 (Lahir Tahun 1985)

TO BE CONTINUE...

BIL

NAMA JAWATANKUASA

KETUA / AHLI TERLIBAT

TANGGUNGJAWAB

1.

Jemputan, penyertaan dan promosi

1. Cik Rosniza Bte Abdul Rahman

2. Cik Nuraihan Bte Abd Wahab

  1. Membuat promosi dan iklan dimana – mana laman web seperti FB, Frenster, Tagged, Twitter, E-mail, SMS dan sebagainya
  2. Menyediakan senarai kehadiran rakan – rakan serta bilangan ahli keluarga yang akan hadir
  3. Menyerahkan senarai nama muktamad ke Jawatankuasa Persiapan Tempat (Penginapan) dan Jamuan.

2.

Pengacara Majlis dan Acara Sukaneka

  1. Cik Zainosyazilla
  2. Cik Khuziah Bte Hashim
  3. En Mohd Rezuan Bin Hassan
  1. Menentukan permainan kategori yang masih solo
  2. Menentukan permainan kategori pasangan (suami isteri)
  3. Menentukan permainan kategori kumpulan (perempuan)
  4. Menentukan permainan kategori kumpulan (lelaki)
  5. Mengemukakan senarai permainan muktamad ke Jawatankuasa Hadiah untuk menetapkan hadiah
  6. Menyediakan kelengkapan untuk permainan

3.

Penginapan, Fasiliti, Kewangan, Jamuan dan Hadiah

  1. Puan Rosdiana Bte Lias
  2. Cik Salina Bte Lagiman
  1. Membuat pembahagian bilik penginapan untuk rakan –rakan serta keluarga
  2. Menentukan tempat dan kelengkapan untuk Jamuan BBQ
  3. Menentukan tempat untuk acara sukaneka
  4. Menyediakan rangka perbelanjaan untuk penginapan, jamuan dan pembelian hadiah
  5. Memastikan hadiah yang mencukupi bagi setiap permainan sukaneka
  6. Menyediakan Goodies setiap keluarga (Bergantung kepada budget)

4.

Pengacara Majlis dan Kelengkapan Karakoe

  1. En Sufian Bin Abu Kassim

  1. Menyediakan Kelengkapan Audio untuk karakoe

0 comments:



Post a Comment